Hari yang baru ..puji Tuhan.. sudah 2 hari saya balik dari SOL tapi pengajaran2 di sana masih berulang-ulang ayat demi ayat dalam "fikiran" saya.. mungkin inilah apa yang orang selalu cakap.." you will leave d school but the school will never leave you.." tapi ada satu ayat lagi yg berulang-ulang dalam fikiran saya.. " bila lagi mahu cuba.. ? ", perkataan dari kawan baik saya masa kami memilih sandal kemarin.. tak tahu kenapa banyak2 perkataan,..itu yang melekat di kepala saya,..:) tapi akhhirnya saya tersentak bila saya menyedari betapa "powernya" pertanyaan itu.
Saya secara pribadi mempunyai banyak2 roh ketakutan di dalam diri saya.. seperti berjalan menggunakan high heel,..bercakap English depan ramai orang..etc.. oh sedar atau tidak sedar itu sudah jadi sebahagian daripada diri saya dan saya tidak berusaha untuk mengubahnya.. perkara ini tidak bole kita pandang ringan,..apa lagi kalau itu berkaitan dengan kehidupan spiritual kita.. Banyak kali kita mengetahui kebenaran dalam Firman Tuhan,..tapi kita tidak mahu melakukan nya.." Bila lagi kita mahu cuba? " . Firman Tuhan mengatakan " Saya menyertai kamu.." tapi kita masih hidup dalam ketakutan.. Firman Tuhan mengatakan " kamu telah di sembuhkan.." tapi kita masih lagi merasa tertekan memikirkan penyakit kita.. di mana kah iman kita?.. bila lagi kita mahu cuba untuk keluar dari belengu hidup kita kepada kehidupan yg berkemenangan di dalam Tuhan..
Jadi tidak hairan lah ada ayat mengatakan.." tanpa iman tidak mungkin kita berkenan di hadapan Tuhan..". Benar Tuhan itu baik,..benar Tuhan itu penuh dengan kasih setia.. tapi kalau kita sendiri yang tidak mempunyai iman.. orang indon suka cakap.." bagaimana sih.. ngak bisa macam tu" :) ..terutamanya kepada para pendoa syafaat..jangan berdoa kalau kita tidak mengimani apa yang kita katakan.. ada ps. pernah cakap lebih baik tidur.. :) ..so, sama-sama lah kita terus memperbaiki diri kita..terus melangkah dengan iman..belajar untuk menunggu hadirat Tuhan..agar kita terus di bersihkan dan di bentuk seturut dengan kehendak Nya.. kita pasti akan dapat berubah dengan pertolongan Tuhan " bukan kuat, bukan gagah,..tapi Roh Mu Tuhan.."
LOL! I love this post! Amen to that! kalo tidak percaya, lebih baik tidur :P
ReplyDelete